Mengejutkan!! Rosshida Dibunuh, Tunang Mengaku Campak Dari Jambatan

Semalam kita dikejutkan dengan penemuan satu mayat dalam belukar di bawah jambatan di susur keluar Pulau Meranti Cyberjaya.

Susulan daripada kes tersebut, hari ini, seorang lelaki yang berusia 26 tahun telah ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali, lelaki tersebut yang juga merupakan tunang kepada mangsa bagaimanapun telah mengaku mencampak Rosshida dari jambatan berkenaan ketika disoal siasat.


"Beberapa barang milik mangsa juga ditemui bersama suspek.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya memetik myMetro.

Suspek telah ditahan di sekitar kawasan Cyberjaya dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang pada jam 10.30 pagi tadi.

Setakat ini suspek dalam tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Pada jam kira-kira 5 petang semalam, mayat mangsa, Rosshida Abdullah, 30 yang berasal dari Repek, Pasir Mas, Kelantan telah dijumpai oleh orang awam di bawah jambatan berkenaan.

Selain itu, bersama mayat ditemui sekeping nota yang juga menceritakan tentang masalah yang dihadapinya termasuklan tekanan akibat diburu along. Turut ditemui adalah sebuah beg tangan. — Siakapkeli.my

1 Response to "Mengejutkan!! Rosshida Dibunuh, Tunang Mengaku Campak Dari Jambatan "


  1. Di Manakah Punca Kebinasaan Seseorang
    Ertinya:

    Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".

    (H.R. Baihaqi)

    Keterangan
    Benar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kema'siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran mereka.

    ?

    01. Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan di Akhir Zaman
    02. Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan
    03. Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam
    04. Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang
    05. Golongan Anti Hadith
    06. Golongan yang Sentiasa Menang
    07. Islam Kembali Dagang
    08. Bahaya Kemewahan
    09. Umat Islam Memusnahkan Orang - Orang Yahudi
    10. Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit
    11. Orang yang Baik Berkurangan Sedang yang Jahat Bertambah Banyak
    12. Di Manakah Punca Kebinasaan Seseorang
    13. Dua Golongan yang Akan Menjadi Penghuni Neraka
    14. Zaman Di Mana Orang Tak Pedulikan Dari Mana Mendapatkan Harta
    15. Harta Riba Wujud di Merata Tempat
    16. Orang Meminum Khamar dan Menamakannya Bukan Khamar
    17. Sedikit Lelaki dan Banyak Perempuan
    18. Hamba Menjadi Tuan dan Terbinanya Banyak Bangunan yang Mencakar Langit
    19. Umat Islam Mengikuti Langkah-langkah Yahudi dan Nasrani
    20. Penyakit Umat-umat Dahulu
    21. Ahli Ibadat yang Jahil dan Ulama yang Fasiq
    22. Orang yang Berpegang dengan Agamanya Seperti Memegang Bara Api
    23. Golongan Ruwaibidhah
    24. Peperangan Demi Peperangan
    25. Masa Akan Menjadi Singkat
    26. Munculnya Galian-galian Bumi
    27. Tanah Arab yang Tandus Menjadi Lembah yang Subur
    28. Ujian Dahsyat Terhadap Iman
    29. Kelebihan Ibadat Disaat-saat Huru Hara
    30. Peperangan di Kawasan Sungai Furat (Iraq) kerana Merebut Kekayaan
    31. Ketiadaan Imam untuk Sembahyang Berjemaah
    32. Ulama Tidak Dipedulikan
    33. Islam Nama Sahaja
    34. Al-Quran akan Hilang dan Ilmu akan Diangkat
    35. Lima Belas Maksiat yang Akan Menurunkan Bala
    36. Lima Maksiat yang Disegerakan Balasannya
    37. Bilakah Akan Terjadi Kehancuran
    38. Bermegah-megah dengan Masjid
    39. Menggadaikan Agama Kerana Dunia
    40. Golongan Yang Selamat
    41. Lahirnya Imam Mahadi
    42. Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar

    Powered by Blogger


    Tv Malaysia
    eXTReMe Tracker 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)

    ReplyDelete