Penyerangnya dipercayai menghentak kepala mangsa menggunakan seramik dan mengelar lehernya sehingga putus.Sumber berkata, dua saksi kejadian melihat suspek mendukung mangsa sambil berjalan ke arah tempat kejadian.
“Suspek terus terjun ke dalam sungai apabila menyedari kehadiran polis bantuan terbabit,”katanya.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 9 malam.
“Polis menemui seramik yang pecah dan sepasang selipar, dipercayai milik suspek,” katanya.Menurutnya, kepala mangsa terputus dari badan dan tempurung kepalanya juga pecah dipercayai akibat hentakan.
Kong Meng berkata, polis sedang giat memburu suspek dengan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurutnya, berdasarkan keterangan ibu mangsa yang berumur 32 tahun, dia melepak bersama beberapa orang rakannya di Plaza Kota Raya pada petang hari kejadian.
“Dia meminta rakannya menjaga mangsa dan sebaik keluar dari bilik air, ibu mangsa mendapati anaknya tidak bersama rakannya,” katanya.Kong Meng berkata, ibu mangsa serta rakannya terus mencari kanak-kanak berkenaan di seluruh plaza itu namun gagal ditemui.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.. [ Sumber : Sinar Harian ]
0 Response to "Kejam :Kepala kanak-kanak dipenggal hingga putus"
Post a Comment