Bapa saudara kanak-kanak terbabit yang mahu dikenali sebagai Helmi berkata, mangsa Nurain Damia Mohamad Naqiuddin berusia setahun dua bulan sebelum itu menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepala selepas dikejarkan ke hospital pada Khamis lalu dan berada dalam keadaan koma selama enam hari.
Nurain Damia disahkan mengalami pendarahan otak selepas didakwa terjatuh daripada kerusi ketika di bawah jagaan pengasuhnya.Bagaimanapun ibu mangsa kemudian membuat laporan polis selepas mengesyaki anaknya didera dan mendakwa sebelum ini ada kesan lebam pada badan bayi itu.
Damia sudah dua bulan diletakkan dalam jagaan pengasuh berusia 30-an yang turut menjaga seorang lagi kanak-kanak lelaki. - Harian Metro
0 Response to "Tragedi : Maut selepas koma enam hari"
Post a Comment