Mengejutkan!! Wanita Paling Kejam, Layak Direjam Sampai Mati

#Wanita ini layak direjam dengan batu. Dosa yang dilakukan amat sukar dimaafkan. Bayangkan kerana terganggu dengan bunyi bising anaknya mengunyah mainan, dia sanggup membunuh kanak-kanak berusia dua tahun itu.

Jia Liyuan, 26, membunuh Xiao Yu kerana bunyi bising tersebut menyebabkan dia terbangun dari tidur.

Bengang tidurnya terganggu, dia telah memicit leher budak berkenaan dan apabila anaknya menangis, dia telah menekap plastik beg ke muka bagi melemaskannya.


“Dia terbaring di atas lantai sambil menangis dan merenung ke arah saya. Saya tidak tahu kenapa tetapi saya telah menekan lehernya dengan tangan kanan saya beberapa kali.

“Anak saya kemudiannya bertukar menjadi biru dan sesak nafas. Saya sangat marah ketika itu dan kemudiannya saya mengambil beg plastik lalu saya tekup ke mukanya sebelum saya memeluk anak saya di atas katil, seolah-olah dia sedang tidur,” katanya ketika memberi keterangan di mahkamah.

Jia berkata dia hanya tersedar daripada perbuatannya itu apabila pusat taman bimbingan kanak-kanak menghubunginya.

Selepas menyedari keadaan yang menimpa anaknya itu, Jia telah menyampaikan berita mengenai kematian anaknya kepada suaminya, Wang melalui media sosial.Wang kemudiannya bergegas balik ke rumah dan dia kemudiannya telah mengebumikan kanak-kanak malang berkenaan.

Innocent: Toddler Xiao Yu suffered a fractured skull before he was smothered to death by his mother in China

Jia kini didakwa kerana membunuh manakala Wang pula didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu serta menghapuskan bahan bukti.

Pemeriksaan doktor ke atas Jia juga mendapati wanita itu tidak mengalami masalah mental.

Sepanjang perbicaraan itu, Jia memaklumkan bahawa dia tidak suka menjaga anaknya itu, dan kerap kali memukul kanak-kanak berkenaan dengan penyangkut baju. - Sumber

0 Response to "Mengejutkan!! Wanita Paling Kejam, Layak Direjam Sampai Mati"

Post a Comment